Monday, December 6, 2010

♥ JODOH ♥

Jodoh terbahagi kpd 3, iaitu :
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan.  Apabila si perempuan tadi mengandung,barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. 
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya. Lalu dibomohkan dan disihirkan, perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.                                                                             
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa.Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu .
Kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga..itulah syurga cinta..tanpa berlakunye sebarang bentuk kemaksiatan..


“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”
 (QS Ar-Rum [30]:21)


JODOH DARI ALLAH
--> Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu  bertekad lalu kamu meminang. 
--> Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Dan kamu berdua bernikah.  
--> Kamu berdua bercinta selepas bernikah..Itulah dinamakan Cinta, kerna Cinta antara kamu selepas bernikah adalah makna Cinta yang sebenarnya. Cinta ini lah yang diredhai Allah dan bukannya cinta yang berdasarkan nafsu. Perhiasan dan keindahan seorang wanita itu hanyalah untuk suaminya.
--> Perkahwinan itu menjanjikan pahala yang tidak putus2 bagi yang mnjadiknnya gelanggang untuk mngukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. kamu kekal di dalamnya buat selamanya.

♥ Semoga diri ini memperoleh Jodoh dari Allah. ♥ 
Kerna apa pun dari Allah adalah yang sebaik-baiknya.  



No comments:

Post a Comment